Trip Mencari Destinasi kali ini ke Sydney, selama 6 hari 5 malam pada 2hb disember hingga 6 disember 2017. Flight 8.50 pagi sampai di airport Sydney dah malam..huhu. Sampai jer di airport kami disambut oleh Mr. Muhammad yang dah lama menunggu..hehe. Mula2 terkejut jugak mat saleh bagi salam...rupa-rupanya Mr. Muhammad ni berasal dari Lubnon.
Seterusnya dari airport kami terus dibawa ke HYDE PARK PLAZA, hotel kami menginap selama 6 hari 5 malam..tak sangka pulak Hyde Park Plaza ni ditengah2 bandar dan bersebelahan dengan Hyde Park Garden yang sesuai sangat untuk beriadah dan lepak2. Kedudukan Hyde Park Plaza ni berdekatan dengan tempat-tempat menarik seperti Darling Harbour, Opera House, Botanic Garden, Muzium Sydney, dll...boleh jalan kaki jer. Oleh kerana sampai pun dah malam...badan pun penat hampir 8 jam dalam flight so apa lagi lepas siap semua urusan chekin..terus tidur la.
Pemandangan awal pagi dari balcony tingkat 9, time ni rasanya pukul 6 pagi
Pagi tu kami didatangi 2 tetamu yang sangat cantik dan ramah sangat...hehe tapi apa yang dia cakap memang tak paham la..haha mungkin bagi salam dan tanya dari mana kot..hehe
DAY 1
Aktiviti hari pertama kami pergi PADDY MARKETS dulu, jalan-jalan cari souvenir dulu...haha. Sebelum tu sarapan dulu kat bilik, panaskan nasi lemak 'Brahim" yang dibawa dari Malaysia..boleh tahan gak rasanya..so lain kali boleh beli lagi.
Hasil tuaian di PADDY MARKETS
Selesai shopping kat Paddy Markets kami balik hotel dulu...lunch nasi briani kambing "Brahim" dan solat zohor sebelum meneruskan aktiviti seterusnya. Petang tu kami ronda-ronda di sekitar Darling Harbour, masuk Sea Life Sydney Aquarium, Madame Tussauds, Wildlife Sydney dan lepak2 di taman Hyde Park
DAY 2
Full day Trip BLUE Mountains...nanti sambung


























